Pengenalan kepada Response Surface Methodology dan Sesi Hand On

Selesai sesi perkongsian dan hands-on bersama pelajar-pelajar Final Year Project (FYP) Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi, Universiti Malaysia Kelantan (Rasmi) yang akan menggunakan Response Surface Methodology (RSM) dalam kajian melalui perisian Design Expert 13 (DX13)  pada 19 Jun 2023 bermula jam 2.30 pm di Makmal Komputer FBKT.

FBKT mempunyai lesen terkini DX13 yang digunakan untuk PdP dan kajian peringkat pascasiswazah. Moga dengan sedikit perkongsian ilmu ini dapat sedikit sebanyak meningkatkan impak kajian FYP buat pelajar daripada Program Teknologi Bahan UMK, Teknologi Sumber Hutan UMK Kampus Jeli dan Teknologi Bioindustri yang bersama-sama di dalam sesi tadi.

Selamat maju jaya untuk FYP masing-masing!

#fbktohsem

#drhakiminabdullah

#responsesurfacemethod

Kita #BinaLegasiUMK Bersama

#OfficialUMK #UMKinfo

Prof Madya ChM Ts Dr Nor Hakimin Bin Abdullah